Yayasan Keluarga Malaysia

Penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia adalah sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, terutamanya kepada anak-anak yang kehilangan ibu, bapa atau keduanya akibat pandemik COVID-19.

Yayasan Keluarga Malaysia akan berperanan membantu anak-anak Keluarga Malaysia yang terkesan ini memperoleh sokongan daripada pelbagai aspek termasuk pendidikan sehingga mereka mencapai usia 18 tahun.

Yayasan Keluarga Malaysia juga akan melebar sayap perlindungannya kepada anak-anak Keluarga Malaysia yang lain sebagai manifestasi kepada keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam Keluarga Malaysia.